Thursday, December 10, 2009

2 Lagi kategori OKU Dilulus 1 comments

Thursday, December 10, 2009 |
Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Kabinet telah meluluskan dua lagi kategori baru bagi Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai tambahan kepada lima kategori sedia ada untuk diguna pakai dalam menguruskan pendaftaran golongan itu.

Kategori baru OKU itu adalah ‘kurang upaya pertuturan’ khusus untuk yang tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi seperti afonia (tidak ada suara) dan dysarthria (tidak boleh bercakap).

Sementara itu ‘orang kurang upaya mental’ pula merujuk kepada seseorang yang menghidap skizofrenia, kecelaruan emosi, kecelaruan mental yang serius dan kronik serta menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurang dua tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dengan tambahan itu kini terdapat tujuh kategori OKU yang boleh diguna pakai dalam menguruskan pendaftaran mereka di negara ini.

‘‘Dengan tambahan itu, lebih ramai yang mengalami ketidakupayaan akan mendapat manfaat serta kemudahan yang disedia selaras dengan dasar dan Pelan Tindakan Nasional OKU,’’ jelasnya.

Beliau berkata demikian, pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2009 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menterinya, Datuk Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Meme Zainal Rashid.

Kategori OKU sedia ada, adalah golongan kurang upaya penglihatan, kurang pendengaran, kurang upaya fizikal, masalah pembelajaran dan kurang upaya pelbagai.

Shahrizat memberitahu, kerajaan melalui Bajet 2010 memperuntukkan RM224 juta membantu OKU melaksanakan program pemulihan dalam komuniti dan menaik taraf empat buah institusi Taman Sinar Harapan di negara ini.

Katanya, kerajaan sangat peka nasib OKU dan mahu mereka mendapat hak menikmati kualiti hidup yang sempurna sama seperti anggota masyarakat lain.

Jelas beliau, apa sahaja perancangan yang mahu dibuat dalam kerajaan mesti mengambil kira hak OKU.

Sehubungan itu, Shahrizat menyeru agensi kerajaan dan swasta memberi peluang pekerjaan kepada OKU dan membantu mereka mencapai impian menjadi usahawan.

‘‘Mereka berbakat dalam pelbagai bidang. Kita mesti cari mereka untuk mengilap potensi yang ada,’’ katanya.

read more

Monday, December 7, 2009

Cerita EGM. Bahagian satu. 1 comments

Monday, December 7, 2009 |

Pagi itu jam 9:40, bas datang bawa aku dan bendahari di Bayan Lepas.  Selepas itu, bertolak ke jeti.  Jam 10:30, bas sampai ke jeti untuk mengambil para ahli yang akan ke EGM SBM kat Gopeng.  Pemandu bas kami bernama Niki.  Beliau ni bagus.

 

Pagi tu, memang sungguh lapar.  Jam 12:00 tengahari, berhenti di Bukit Merah untuk makan tengahari.  Di situ, aku makan dua pinggan besar nasi.  lauk dia, kuah kari daging.  Pinggan saja besar, tapi nasinya sikit.

 

Jam 12:30 tengahari, bertolak terus menuju ke Gopeng.  Sementara itu, kak Rosnah dan You Koon beritahu, mereka pula, sedang berhenti makan.  Kak Rosnah pulak, banyak celaka, orang call dia berpuluh kali, dia haram tak angkat telefon.  Apa pasai kak?  Habaq mai.  Rupanya, dia tak sedar ada panggilan masuk.  Ha, jadi lain kali, jangan simpan telefon dalam beg.  Orang KL khabarnya, berhenti selama setengah jam lebih kurang untuk makan.

 

Jam 2:30 petang, orang KL dah sampai.  Itulah laporan You Koon.  Kami pula, masih terkial-kial mencari, mana dialah Hill City Hotel.

 

Kepada tukang fax, lain kali, tolonglah print besar-besar sikit peta atau plan yang nak diberi kepada semua cawangan sebagai panduan ke sesuatu distinasi.  Ni, print tu, kecik.  Payah nak nampak.  pemandu bas pun kata, “awat kecik sangat?”

 

Jam 2:45 petang, kami sampai di hotel.  Kami pi duduk kat kerusi sat sementara tunggu kunci bilik.  15TH minit kemudian, dah dapat kunci.  Aku di bilik 487.  Selaih aku, ada tiga orang lagi iaitu bendahari, Swarn Singh dan marimutu  Semuanya buta-buta belaka.  Swarn singh tu adalah nampak kelabu-kelabu asap.

 

Selepas itu, aku pun sibuklah hantar sms kepada rakyat-rakyat SBM Penang untuk memberikan maklumat terkini dan sedikit panduan.  Antaranya, panduan meminta barangan di bilik hotel yang tidak cukup.

 

Sementara itu, aku terpaksa panggil pihak kaunter berbelas kali sebab, banyak barang dalam bilik takdak.  Antaranya gayung dan pelbagai.  Aku juga terpaksa panggil kaunter sebanyak empat kali sebab nak tau cara-cara mengoperasikan tv yang ada di bilik tu.  Ha, dapatlah tengok kartun kat tv9 sekarang.  Wah!  Seronok.

 

Masalah bilik mula timbul.  Kerani telefon aku beritahu, kami berempat kena pindah bilik.  masa tu, Ah Hong dan Singh dah keluar untuk makan.  Aku kata, pindah, pindahlah.  Selang beberapa minit kemudian, kerani panggil balik kata tak payah.  Hmm, ok lah jawab aku.  Aku terus dengar kartun kat tv9.

 

Sementara itu, aku terus menyalurkan info-info kepada rakyat-rakyat SBM Pulau Pinang melalui sms.  Teknologi ada, pakai saja.

 

Lebih kurang 5:30 petang, ketua team blog suara Oku menghubungi aku.  Beliau beritahu, hari Oku di MAB amat berjaya.  Beliau sempat bertemu dan membuat sedikit temubual dengan encik Havez Halim.  Team Suara Oku akan menyiarkan rencana hari OKU di MAB itu di blog tidak lama lagi.  Aku terus menghubungi Fadzlin Hiezrie untuk menyampaikan berita baik ini.

 

Jam 7:30 malam, kami turun makan.  Selepas makan, jam 9:00 ada taklimat rengkas pulak dah.

 

Ha, rupanya, masalah bilik, belum lagi selesai.  Tengah-tengah syiok dengaq Buletin Utama kat tv3, seorang petugas datang dengan membawa dua orang rakyat SBM Pulau Pinang.  Mereka harus diletakkan di bilik kami.  Jadinya, bilik kami ada enam orang.  Alamak, itu singh sudah nak marahlah.  petugas itu berkata, dia hanya ikut arahan saja.

 

Bincang punya bincang, akhirnya, mereka kembali ke bilik mereka semula.  Sebabnya, bilik 409 yang mereka duduk tu, dah dikosongkan oleh pemandu bas pasai pemandu bas dah ada dua bilik lain khabarnya.

 

Cerita bilik ni akan dimuatkan dalam edisi pindah-memindah bilik.

 

Jam 9:00 malam, kami turun.  Taklimat sudah bermula.  Jam 9:25 malam, taklimat selesai.  Aku mendengar hashim memanggil aku.  ha, aku pun pergi jumpa Hashim.  kami keluar makan.  Aku, hashim, cik merah dan Suriati.  Tak taulah siapa tu Suriati.  Anak hashim Salleh bawak kereta.  Kami pergi Medan Gopeng.  Di situ, aku makan sepinggan mi goreng, cik Merah makan nasi campur dan Suriati makan mi juga kalau tak salah.  hashim minum nescafe aku minum nescafe ais dan anaknya Salleh minum susu carrot.

 

Hari tu, cik merah belanja.  RM 30 lebih.  Selepas itu, kami pun balik.  hashim dah mengantuk sangat.  elepas dia dan Suriati menghantar cik Merah ke bilik, dia hantar aku ke bilik.

 

Malam tu, aku tidur jam 2:00 pagi.

 

(Bersambung)


read more

Friday, December 4, 2009

Hari OKU 2009 : Datang Beramai-Ramai ! 2 comments

Friday, December 4, 2009 |

Hari OKU 2009

Tarikh : 5 Dis 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg - 6.00 ptg
Tempat : MAB Brickfield
Tema : Pendayaupayaan OKU ke arah Pembangunan Potensi Diri

*Perkhidmatan pengangkutan
* RapidKL, LRT dan Monorail PERCUMA kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pengiring
* Bas KL HOP-ON HOP-OFF PERCUMA
- Dari pukul 7 pg hingga 6 ptg
- Pick-up Point :-

* Terminal Bas Titiwangsa
* LRT Bandaraya
* KL Sentral ke Wisma MAB

Sumber : JKM

P/S : Suara OKU mungkin akan membuat liputan di sana. Mungkin dapat berjumpa esok dengan rakan-rakan. Hantar keterangan diri anda seperti nombor telefon di email suaraoku@gmail.com . Senang Suara OKU hubungi anda esok. Mana tahu anda bakal ditemubual. He He He .. Jangan tinggal nombor telefon di ruangan komen. Bahaya..

read more

Renungkanlah : Selamat Hari OKU Kak Maiyah ! 1 comments

Mungkin susah untuk diucap dengan kata-kata bagaimana rasanya menjadi Orang Kelainan Upaya. Tetapi semangat golongan OKU yang sentiasa kental meneruskan kehidupan seharusnya dihargai dan dihormati oleh mereka yang bukan OKU. Bukan untuk menagih simpati tetapi dengan usia 52 tahun kemerdekaan Malaysia, seharusnya Malaysia sudah menjadi negara yang mesra OKU.

Banyak skandal dan pembaziran wang negara dilaporkan di media arus perdana. Alangkah baiknya wang itu digunakan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mesra OKU. Negara yang mesra OKU adalah bermaksud negara yang menjaga kebajikan OKU, menyediakan kemudahan OKU dan menganggap OKU sebagai aset negara yang bernilai tinggi.

Ingat, sesiapa pun bisa bergelar OKU walaupun tinggi mana kedudukan anda.

Di bawah adalah catatan saudari Maiyah. Rakan dan pengunjung setia blog Suara OKU. Selamat Hari OKU akak dan buat pembaca di luar sana renungkanlah catatan peribadi insan mulia ini. Wassalam..

4 Disember 2006
lonely Pictures, Images and Photos

8 jam 15 min sebelum tu.. Aku dah sampai ke tempat keje.. dah siap2kan apa yg patut n aku gi beli sarapan pas tu mkn kat dlm opis tu je.. sambil dok bersembang ngan pegawai operasi dan pegawai ronda yg turut ada dlm pejabat.. tapi hari ni aku rasa mcm sgt kosong.. rasa boring sesgt

6 jam 15 min sebelum tu..
Pegawai operasi menyerahkan duit deposit bebudak yg nak advance n sruh aku gi pass kat sorang2.. so aku start motor kompeni n round dr satu post ke satu post.. sampai aku tensen sbb cari satu mamat ni yg ilang dr post.. merata aku jalan dlm bangunan.. kaki aku naik lenguh.. penat rasanya.. nasib ko le mamat tak mer
asa le duit advance yg ko apply nih

1 jam 15 min sebelum tu..
Aku tetiba rasa nak balik umah jap.. sbnrnya nak kecek duit mak aku.. jadi mintak balik jap pas tu kene cari kenderaan utk bwk aku.. takkan nak naik bas kot.. tempoh kebenaran utk kuar hnya 1 jam.. so aku gi jumpa satu staff utk pinjam motor.. mamat ni bagi sambil pesan bwk elok2

1 jam 5 min sebelum tu.. Perjalanan dr tempat keje ke umah hnya 10 min.. sampai umah aku tak masuk sbb taknak lama2, mintak mak duit dari atas motor je.. mak pun pesan bwk motor elok2.. ntah nape aku bleh tringt sesgt pada Fizi, umah Along tak jauh pun dekat ngan umah adik gak.. jadi pas tu aku mnghala plak ke rumah Along

10 min sebelum tu.. Dah hampir satu j
am aku kat umah Along dok tgk anak n main jap dgn Fizi sampai dah bik lebih masa.. aku pun bergegas kuar, start motor n aku kat atas jalan raya

2 min sebelum tu.. Aku sampai di Jalan Pasar Keramat.. keadaan jalan tenang tak byk kete lagi.. aku bukan rempit.. aku bwk tak laju.. kalo kete ye.. aku suka bwk kete ngan laju tapi kalo motor aku takut kit.. meter motor pun baru cecah 50 km sejam.. sehinggalah 2 min selepas tu aku tiba di Lorong Kiri 17

04:15 pm ketika itu.. Sebuah teksi kuar ke jln besar iaitu laluan aku dari simpang belah kiri dgn tetiba.. aku terkejut dan cuba elak ke kanan tapi tergeser bucu kete sbb aku dah hampir dgnnya.. kemudian aku bleh tercampak dan belakang aku terhentak pada bahu jln.. kepala aku pun turut bedarah.. pandangan aku makin lama makin kabur

harapan Pictures, Images and Photos

1 bulan 3 hari selepas itu.. aku buka mata n aku kat ICU.. aku tak bleh bersuara sbb leher aku dah ditebuk utk laluan pernafasan.. rambut aku botak sebelah krn ada luka pd bhgn kiri kepala

Pada detik tarikh dan bulan inilah aku mula hidup sbg OKU.. rasanya baru smlm aku berdiri, berjalan dan berlari.. tapi inilah ketentuan yg telah Allah tetapkan utkku.. manakan aku bleh lupa pada tarikh ini

doa Pictures, Images and Photos

read more

Lagi Info Mengenai Lesen Memandu OKU 0 comments


Soalan berhubung dengan samada orang-orang yang kurang berupaya (O.K.U) boleh belajar memandu di kemukakan dalam satu artikel sebelum ini.

Jawapan kepada pertanyaan ini adalah “memangnya boleh”.

Dalam artikel tersebut, penjelasan di beri demi menerangkan bagaimana O.K.U. dapat belajar dengan kenderaan sendiri berjenis automatik.

Meskipun undang-undang Negara kita tidak mengizinkan calon-calon mempelajari kereta dan mengambil ujian menggunakan kenderaan auto, kemudahan ini di beri kepada orang kurang upaya.

Harus di peringatkan bahawa seorang yang keizinan mempelajari memandu itu sebaik-baiknya di ajar oleh pengajar yang bertauliah. Pengajar itu sebaik-baiknya memperolehi sijil S.M.2 atau Sijil Mengajar.

Sebelum bermula usaha mengajar calon O.K.U. itu, terlebih dahulu instructor memohon dahulu kebenaran daripada pihak J.P.J.

Pegawai-pegawai J.P.J. dalam rondaan mereka sudah tentu akan berjumpa tuan di jalan-jalan raya. Tanpa surat-surat kebenaran, anda akan di saman.

Calon-calon O.K.U. boleh mengguna kenderaan jenis apa untuk belajar?

Sebenarnya mereka boleh di beri peluang menggunakan kenderaan sendiri yang di daftarkan:

i) Atas namanya sendiri.

ii) Yang di pinjam. Dalam hal demikian, surat kebenaran harusnya di perolehi.

Selain itu, lindugan insurans tentulah hendak di perolehi untuk melindungi:
i) Si pemandu.

ii) Instructor.

iii) Si penguji yang membuat ujian kelak.

Dalam karya kita hari ini, tumpuan akan di beri kepada kenderaan jenis kedua, iaitu kenderaan-kenderaan yang di ubahsuai atau modify.

Perkara ini tidak di bincang saya di artikel yang terdahulu. Ada sesetengah orang kurang berupaya itu tidak berkebolehan menggunakan anggota kaki mereka dengan elok.

Mereka sebenarnya tidak dapat mengawal brek dan injak kenderaan. Jadi unit-unit tersebut di atas itu perlulah di ubahsuai. Meskipun saya sendiri belum pernah berhadapan dengan kenderaan jenis demikian, logik mengatakan kenderaan-kenderaan O.K.U. itu, item-item brek dan accelerator perlu di ubahsuai.

Pendek kata yang tersebut atas itu hendak di pasang pula berdekatan stereng untuk membolehkan ianya di kawal tangan.

Kendereaan-kenderaan yang di ubahsuai sedemikian rupa terlebih dulu hendak mengemukakan Kad Perakuan Pendaftaran atas nama calon yang di endoskan Bahagian Pendaftaran.

Hal-hal insurans telahpun di bincang awal-awal lagi.

Semasa ujian pula, perkara-perkara tertera di bawah hendaklah di lakukan:
i) Kemukakan pengakuan Kad Pendaftaran atas nama calon.

ii) Kalau kenderaan bukan atas nama calon, maka surat izin di kehendaki.

iii) Insurans melindungi calon di uji dan penguji di sertai.

Sekira sewaktu ujian meletak kereta kurang sesuai (kini jenis Kancil diguna) maka pegawai-pegawai sediakan petak parking yang sesuai bagi jenis kenderaan yang digunakan.

Sehabis sudah saya menjelaskan hal-hal kenderaan yang akan di pakai oleh calon-calon O.K.U. waktu belajar dan pada hari ujian kemudian, maka adalah di harap tidak akan timbul lagi soalan-soalan mengenai topik ini.

Kalau ada kemuskilan lagi, tanyalah pengajar sekolah memandu atau institut anda yang berhampiran.

Driving School

read more

Thursday, December 3, 2009

Orang Kelainan Upaya Penuh Cabaran : Selamat Hari OKU Sedunia ! 2 comments

Thursday, December 3, 2009 |


Oleh Zulkiple Ibrahim

Berikut ialah bahagian pertama daripada rencana tiga siri sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa pada 3 Dis

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Banyak telah ditulis tentang Orang Kurang Upaya (OKU) sama ada dari segi hak, kebajikan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka serta tentang masalah yang dihadapi.

Bagi mereka yang kurang upaya, kecacatan itu wujud sejak dari lahir atau terjadi disebabkan kemalangan, pembedahan serta punca dan sebab yang lain.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat enam kategori OKU iaitu penglihatan, pendengaran, fizikal, cerebral palsy, masalah pembelajaran (perkembangan perlahan, Sindrom Down, autism, hiperaktif, cacat mental, dan masalah spesifik pembelajaran seperti disleksia, disgrafia, diskalkulia) dan kategori tidak upaya yang lain.

Berikut ialah kisah bagaimana seorang yang dilahirkan normal menjadi kurang upaya setelah menjalani satu pembedahan di mana kaki kanan beliau di potong kerana komplikasi diabetis dan bagaimana beliau melalui satu proses pemulihan yang dijalankan bagi OKU.

DARI NORMAL KEPADA KURANG UPAYA

Hari sudah petang pada 13 Nov 2007 bila penulis ini ditolak keluar dari dewan pembedahan di sebuah pusat perubatan di sini.

Masih lagi khayal dengan kesan anestesia (bius), beliau sempat menyapa isteri dan anak-anak yang menunggu di luar dewan bedah sebelum kembali 'lena'.

Pada esoknya, sakit yang amat sangat dari bahagian kaki kanan membangkitkan beliau dari tidur. Beliau memandang ke arah punca sakit itu dan apa yang beliau dapat lihat hanyalah apa yang tinggal dari kaki beliau.

Barulah beliau sedar tentang hakikat yang sebenar, bahawa kaki kanannya telah tiada lagi setelah dipotong dalam satu pembedahan pada hari sebelumnya.

Doktor yang datang menemuinya kemudian memberitahu penulis bahawa beliau kini menjadi orang kurang upaya.

SATU PERJALANAN YANG JAUH DALAM PEMULIHAN

Beberapa hari kemudian, ketika penulis sedang mengelamun sambil mengenang nasib dirinya, seorang 'berbaju putih' datang kepadanya.

"Kami akan membantu (awak) berjalan semula tetapi awak mestilah kuatkan semangat dan kembalikan keyakinan kerana perjalanan ini panjang," kata pelawat itu, seorang jurupulih anggota yang dikenali sebagai Othman.

Penulis yang dalam keadaan putus asa, telah menjawab: "Macam mana nak jalan, kaki dah tak ada. Kan saya sekarang orang kurang upaya?".

(Bagi penulis ketika itu, rasanya seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana anak beliau berumur tiga bulan, seorang bayi Sindrom Down, terpaksa menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) beberapa hari selepas kaki beliau dipotong).

Tapi nasibnya tidak seburuk yang beliau sangkakan. Sekumpulan doktor pemulihan, jurupulih anggota dan jurupulih kerja, membantu beliau dalam menjalani satu program pemulihan untuk membolehkan beliau berjalan semula.

Penulis dihantar menjalani latihan di 'sekolah untuk berjalan' di pusat perubatan itu di mana beliau dikehendaki melakukan senaman fisioterapi seperti melompat dengan menggunakan tongkat empat kaki dan palang selari.

Jurupulih kerja pula mengajar beliau bagaimana cara menggunakan kerusi roda

"Awak mesti kuat (semangat) dan InsyaAllah semuanya akan baik," itulah kata-kata seorang pegawai perubatan rehabilitasi yang namanya hanya penulis ingat sebagai Dr Annuar.

Kata-kata itu sentiasa berlegar dalam pemikiran penulis kerana ada ketikanya beliau terasa amat sengsara dan kecewa dengan nasibnya.

"Kalau anak awak kuat dan boleh melaluinya, kenapa tidak pula awak?" kata seorang lagi doktor yang merawat penulis, merujuk tentang keadaan anak penulis yang berjaya menjalani pembedahan jantung selama lapan jam.

Dengan itu bermulalah perjalanan pemulihan bagi penulis. Pada Mac 2008, hampir empat bulan selepas beliau kehilangan kaki kanan, penulis mula berjalan dengan bantuan kaki palsu walaupun dengan agak perlahan serta masih dalam kesakitan.

Kini, beliau telah mampu berjalan kembali. Satu perkara yang beliau anggap sebagai mustahil setelah berlakunya amputasi kaki.

(Anak penulis kini berumur 26 bulan dan sudah pulih daripada penyakit jantung berlubang. Anak itu sedang menjalani sesi terapi di Yayasan Sindrom Down Malaysia (KDSF) Pusat Nasional di Petaling Jaya.

HARI ORANG KURANG UPAYA ANTARABANGSA

Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa ialah pada 3 Dis setiap tahun dan disambut di seluruh dunia.

Di Malaysia, Akta Orang Kurang Upaya 2007 memberi definisi orang kurang upaya sebagai mereka yang kurang upaya jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau keupayaan sensori yang menghalang mereka berinteraksi sepenuhnya dengan masyarakat.

Akta ini diluluskan Parlimen pada 24 Dis 2007 dan diwartakan pada 24 Jan 2008. Ia berkuatkuasa mulai 7 Julai 2008.

Bagi mereka yang kurang upaya, mereka diperlukan mempunyai Kad OKU untuk mendapat manfaat serta bantuan daripada JKM serta agensi kerajaan dan swasta.

Kad ini boleh didapati dengan mendaftar di Pejabat Daerah JKM masing-masing. Kad OKU yang dikeluarkan JKM membantu orang kurang upaya berurusan dengan pihak berwajib.

Terdapat enam warna kad bagi enam kategori OKU. Biru menandakan kurang upaya penglihatan, ungu (pendengaran), hijau (fizikal), merah (cerebral palsy), kuning (kurang upaya pembelajaran) dan oren (lain-lain).

Objektif sambutan hari antarabangsa bagi orang kurang upaya ialah memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang kebolehan serta tidak berguna.

Ia juga bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap orang kurang upaya dan seterusnya menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan untuk kurang upaya serta memperlihatkan kebolehan, keupayaan dan kemahiran golongan kurang upaya supaya mereka diserapkan ke dalam masyarakat.

Hari itu juga bertujuan merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara kerajaan dengan pertubuhan sukarela serta korporat dan komuniti dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya dan mendedahkan kepada orang ramai akan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pertubuhan sukarela bagi Orang Kurang Upaya.

Sumber: BERNAMA


Bukan Sukar Untuk Mendidik Anak Istimewa

Oleh Zulkiple Ibrahim

Ini ialah bahagian kedua rencana tiga siri sempena Hari Antarabangsa Bagi Orang Kurang Upaya pada 3 Dis

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Orang Kurang Upaya (OKU) atau dinamakan 'golongan istimewa' memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan meneruskan kehidupan walaupun dibelenggu dengan pelbagai masalah kerana ketidakupayaan mereka.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM), kerajaan telah mewujudkan

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi membantu anak-anak golongan ini yang dikenali juga sebagai anak istimewa dalam proses pemulihan mereka.

Menurut aktivis sosial Gurmukh Singh, ada di antara OKU ini yang mempunyai kelebihan masing-masing, dan mereka boleh menjalankan aktiviti secara sendiri tanpa bantuan orang lain jika mereka diberi latihan di sekolah khas serta juga PDK.

Seorang ibu kepada anak istimewa, yang mahu dikenali sebagai Juliana berkata membesarkan anak kurang upaya bukanlah susah jika ibu bapa serta penjaga tahu bagaimana cara mendidik dan memberi peluang serta ruang bagi mereka mempamerkan bakat yang ada.

"Saya lihat bagaimana selepas anak saya yang kurang upaya berdaftar dan menjalani program pemulihan di PDK, terdapat banyak perubahan berlaku seperti dia bertambah yakin dan lebih berani mencuba sesuatu," kata Juliana.

MEMBESARKAN ANAK KURANG UPAYA

Bagi Ida, seorang penjawat awam yang mempunyai anak Sindrom Down, mendidik anak kurang upaya bukanlah sangat sukar seperti dijangkakan ramai, cuma ia memerlukan banyak kesabaran.

"Saya menghantar anak ke Pusat Nasional Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF) di Petaling Jaya dan dia telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi pengenalan kognitif serta pergerakan fizikal," kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Bagi Ida, banyak cabaran perlu dihadapi bagi menjaga anak seperti ini terutama apabila mereka menghadapi beberapa masalah kesihatan yang kerap memerlukan rawatan hospital.

"Anak saya juga mempunyai jadual rutin pemeriksaan kesihatan di hospital kerana mempunyai masalah respiratori serta perkara lain yang bersangkutan Sindrom Down," kata beliau.

Jurupulih anggota, Jenny Chin berkata mendidik anak istimewa perlulah secara lembut dan jangan terlalu berkasar dengan mereka kerana boleh menyebabkan mereka memberontak dan melakukan perkara yang tidak diingini.

"Jangan berkasar atau buat mereka marah kerana dalam keadaan sebegini mereka boleh bertindak mengikut kemarahan sahaja".

Kata beliau didikan sempurna amat penting bagi anak istimewa dan ibu bapa boleh mendaftarkan mereka di institusi pemulihan agar dapat dibantu oleh pakar yang berpengalaman dalam bidang ini.

KANAK-KANAK ISTIMEWA

Bagi pensyarah Suhiadi Sanii, kehadiran anak istimewa merupakan satu cabaran besar bagi ibu bapa kerana tanggungjawab menjaga anak-anak ini lebih mencabar dan memerlukan lebih perhatian.

"Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa perlu menjalankan apa yang sepatutnya diperlukan anak mereka. Anak-anak ini perlu diberi kasih sayang, didikan akhlak dan pendidikan akademik mengikut kemampuan masing-masing.

"Di Malaysia, kerajaan menyediakan banyak sekolah khas untuk memberi pendidikan bagi mereka yang dalam kategori anak istimewa. Ramai di antara mereka ini mencatat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik sama seperti pelajar yang normal.

"Ada di antara mereka yang berjaya dalam kerjaya profesional masing-masing seperti dalam bidang undang-undang, ekonomi dan juga akademik," kata Suhiadi.

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Syaratnya anak-anak istimewa ini diberikan program pemulihan khas agar kemampuan mereka dapat dipertingkat.

Terdapat lebih 300 pusat PDK yang boleh menampung lebih 8,000 orang anak istimewa seperti mereka yang mengalami Sindrom Down dan kecacatan otak. PDK merupakan satu program yang disediakan oleh JKM untuk memberi latihan dan pemulihan bagi anak istimewa dalam masyarakat.

Suhiadi berkata membiarkan anak istimewa tanpa mendapat apa-apa usaha pemulihan dan pendidikan yang sewajarnya akan memburukkan lagi keadaan.

"Jika mereka diasuh dan diberi latihan, sudah pasti pergantungan terhadap ibu bapa dapat dikurangkan apabila kemampuan fizikal dan mental mereka bertambah baik".

Sikap ibu bapa tidak mahu menghantar anak istimewa ke sekolah atau institusi pendidikan khas berpunca daripada kurang keyakinan dan juga rasa malu mempunyai anak sedemikian.

"Perasaan tersebut perlu dikikis," kata beliau.

Kerajaan telah mengambil usaha untuk membela nasib OKU. Pembelaan itu bukan setakat memberi bantuan latihan khas dan bantuan alat sokongan, tetapi memberi peluang untuk OKU sama-sama menyumbang terhadap kemajuan negara.

Usaha berterusan kerajaan serta sokongan pihak swasta, pertubuhan kebajikan dan orang ramai memperlihat kesan positif dalam meningkatkan taraf hidup OKU.

Sikap prejudis dan diskriminasi orang ramai terhadap OKU juga semakin berkurangan.

LANGKAH PEMULIHAN

Ibu bapa, penjaga dan guru-guru mesti peka terhadap perkembangan normal kanak-kanak. Jika mereka mendapati berlaku kelembapan dalam perkembangannya, kanak-kanak itu mesti dibawa untuk saringan dan mengenal pasti masalah.

Setelah kurang-upaya atau kecacatan dikenal pasti, penjaga atau ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak istimewa itu berdaftar dengan JKM.

Borang pendaftaran ada disediakan di Pejabat Daerah JKM, klinik kesihatan dan hospital-hospital. Borang itu mesti disahkan oleh doktor bertauliah dan OKU berkenaan akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah disebabkan oleh kecacatan mereka.

Mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti pemulihan anggota, cara kerja, pertuturan, kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan di sesetengah klinik.

Bagi mendapatkan pendidikan formal, kanak-kanak kurang upaya perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.

-- BERNAMA


Yang Berupaya Salah Guna Kemudahan Si Kurang Upaya

Oleh Zulkiple Ibrahim

Ini ialah bahagian akhir rencana tiga siri sempena Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya pada 3 Disember

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kesedaran terhadap kemudahan yang disediakan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) masih lagi di tahap kurang memuaskan dalam kalangan masyarakat berdasarkan masih wujud penyalahgunaan terhadap kemudahan ini.

Contoh yang paling ketara ialah penyalahgunaan tempat parkir kenderaan untuk OKU.

Pihak pengurusan hipermarket serta kawasan Rehat dan Rawat (R & R) memang menyediakan petak parkir bagi OKU. Bagi hipermarket, petak-petak ini sepatutnya memudahkan OKU untuk bergerak dari kenderaan yang membawa mereka ke pintu masuk hipermarket sebelum menuju ke bahagian jualan dan bagi kawasan R & R lebuh raya, ia memudahkan mereka yang kurang upaya bergerak menuju ke kedai makan atau tandas.

Walaupun diletakkan tanda serta gambar 'orang di kerusi roda' di petak parkir ini, masih ada kenderaan yang membawa penumpang 'berupaya' memakir kereta di situ.

SIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Insiden pertama.

Di sebuah hipermarket di ibu kota, sebuah kereta yang membawa keluarga dengan begitu bersahaja memasuki petak parkir yang disediakan untuk OKU.

Bila penulis yang kebetulan berada di situ, menegurnya si pemandu kenderaan tadi dengan nada suara yang agak keras berkata: "Sekejap saja, lagi pun petak ini kosong...".

Insiden kedua.

Baru-baru ini penulis, yang merupakan OKU, berhenti di kawasan R & R Ayer Keroh di Lebuhraya Utara-Selatan.

Ketika hendak menggunakan tandas OKU, beliau terpaksa menunggu beberapa minit dan agak terkejut bila orang yang keluar dari tandas itu merupakan orang yang 'upaya'.

Bila penulis cuba menyatakan bahawa tandas itu sepatutnya digunakan oleh OKU, orang itu berkata: "saya punya suka lah!".

"Sukar encik. Masih ramai yang pentingkan diri sendiri. Walaupun tertera dengan nyata kemudahan ini untuk OKU masih ramai yang tidak peduli," kata seorang pekerja di R & R berkenaan tentang penyalahgunaan kemudahan mereka yang kurang upaya.

AKTA ORANG KURANG UPAYA

Di Malaysia, terdapat Akta Orang Kurang Upaya. Tetapi adakah akta ini cukup bagi menjaga hak mereka yang kurang upaya.

"Akta ini memang baik untuk OKU, tetapi ia tidak menyatakan penalti atau hukuman bagi mereka yang menyalah guna kemudahan OKU," kata seorang peguam Nordin Shanmugam Abdullah.

Menurut beliau, selagi tiada peruntukan khas tentang penalti atau hukuman buat mereka yang menyalahguna kemudahan OKU, selagi itulah orang awam memandang ringan akta berkenaan.

"Bagi mereka (orang ramai), menggunakan peralatan atau kemudahan yang dikhaskan untuk OKU bukan satu kesalahan. Tambahan pula akta itu tidak menyatakan sama ada mereka yang melakukan perkara ini perlu dihukum atau sebagainya.

"Cuma, kelakuan menyalah guna kemudahan OKU salah dari segi moral, dan tidak lebih daripada itu kerana tiada penguatkuasaaan dan tiada denda," katanya.

MASYARAKAT PRIHATIN DAN BERDISIPLIN

Menurut aktivis sosial Gurmukh Singh, Akta OKU tiada taring kerana tiada unit penguatkuasaan.

"Kalau buang sampah kena denda, hisap rokok di tempat awam kena denda, jadi salah guna kemudahan OKU pun patut kena denda juga.

"Selagi tiada unit pengawasan tentang penyalahgunaan yang dilakukan,selagi itulah masalah ini akan berterusan," kata beliau.

Tentang kemudahan OKU di bangunan dan premis, menurut Gurmukh Singh, masih banyak lagi bangunan dan premis seperti kompleks membeli-belah dan bank yang gagal menyediakan kemudahan bagi OKU.

"Seolah-olah mereka tidak prihatin terhadap keperluan pengguna yang kurang upaya yang ingin berurusan di premis-premis itu. Tiada peruntukan dalam Akta OKU yang mewajibkan pihak pengurusan bangunan menyediakan kemudahan seperti lif atau laluan kerusi roda bagi mereka yang kurang upaya.

"Jadi mereka tidak melakukan kesalahan jika tidak menyediakan kemudahan seperti ini, kata beliau.

Gurmukh Singh menegaskan bahawa kerajaan telah berusaha memberi kemudahan terhadap OKU, jadi masyarakat hendaklah juga membantu usaha ini.

"Bukannya susah untuk menunjukkan sikap prihatin terhadap golongan yang kurang upaya," katanya.

Sumber: BERNAMA

read more

Bersyukurlah : Selamat Hari OKU Sedunia ! 0 comments


oleh Sayed

Tujuan artikel ni ditulis adalah semata mata atas rasa kesedaran dan simpati kepada insan OKU dan sebagai seorang manusia dan hamba Allah yang leka dan sangat berat mulutnya untuk mengucap rasa syukur dan betapa bertuahnya diri ini .

...

Mungkin sesetengah/ramai orang yg x taw bahawa 1 dis adalah hari OKU. Xtaw la hari OKU sedunia atau OKU Malaysia atau hari OKU mana mana kawasan. Tapi bagi orang yang xtaw 1 disember adlh hari OKU. Ini pon sy taw secara xsedar apabila taw pon dari radio dalam kete time nak balik ke rumah. OKU ataw orang kurang upaya adalah insan biasa yang mempunyai kecacatan atau kekurangan tidak kira kecil atau besar. Namun, kekurangan yg mereka alami ni sebenarnye adalah satu kelebihan bg mereka. Bg mata sesentengah pihak, kekurangan mereka di angap sebagai satu bahan untuk digelakkan dan dikutuk-kutuk. Mereka harus walopon diorg ni kurang dari satu satu aspek, namun hati mereka lebih cekal dan lebih segala galanya dari mereka yang x cacat satu bagai ape pon.

Kite tgk je zaman skrg ni, masih ramai hamba Allah yang angkuh dan xsedo diri bahawa betape tua dah dunia ni n anytime je kite semua boleh mati menghadapnya. Masih ade mase yg banyak nak hu ha sane sini, kejo dunia x tentu hala, hiburan sane sini, dedah sane sini bagai, buat maksiat mcm mati sejuta taun lagi n sempat tobat mcm tau tau bile nak mati. Bangga ade awek yg hot dan awek2 yg hot lak bangge sgt sebb bajet diorg hot sgt. Yang pakai tudung dan tutup molek je kene kutuk konon2 x up to date. Sok masuk neraka sok taw la hgpe hot x hot api neraka sok. Yang kuat di agong agong kan. Artis jadi org yg dapat perhatian lebih dari ulama n org kuat ugama. Bangga hangpe semua ade gang banyak ade pengaruh kuat ade adek sane sini. Satu hari nt semua mati ngadap yang satu gak . Dalam kubo sok kene tanye dek malaikat soalan yang same gak , bukan dok tanya sape jage hg or mcm mcm lg (lari dari tajuk sbb emosional) haha.

Back to tajuk….

So, sbgai manusia normal dan cukup sane sini . x kurang telinge or ape je. Syukur la ok. Jangan la rase diri tu dah cukup bagus sgt kalo muke tu jambu or hensem mane skalipon, jangan la rase diri tu hebat tara mane kalo muke tu cun dan hot bagai. Kite semua datang dan boleh pergi anytime je. Jangan nak kecil kecil kan org OKU sbb kadang kadang diorg lagi better dr kite. Bgs x bgs hebat x hebat sorg tu bukan diukur dr mukenye, pengaruhnye, duitnya tp amalan dan imannye.

Sy pon bukan alim, bukan perfect, bukan baik dan bukan la kuat amalan sgt. But, taw mane baik buruk, taw batas taw mane xleh buat dan taw ape kene buat. So, sebagai manusia dan hamba Allah yang kecil dan hina ini, janganla kite nak rendah rendah kan org OKU ni sebab kite punye kelebihan or setiap inci kat badan ni boleh kene tarik anytime anywhere je.

Konklusinye, same same la kite saling ingat mengingati dan kuatkan amalan kite sbb dunia da pon tua dan umur kite leh tamat bile bile je. Hemburkan la rase syukur dengan ape yg kite da ade dan ringan ringan kan tangan untuk berdoa agar kesempurnaan tubuh badan ni kekal sampai kite ngadap yg maha Esa satu hari nanti

...

:J

Sayed

read more

Selamat Hari Orang Kelainan Upaya Sedunia ! 0 comments


Assalamualaikum dan salam mesra

Selamat Hari OKU diucapkan kepada semua OKU di Malaysia. Semoga terus maju pada masa akan datang.


Tukar pandangan pada OKU

Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

TIDAK ramai yang tahu barangkali, golongan orang kurang upaya (OKU) ada hari mereka tersendiri untuk diraikan, sama seperti Hari Kekasih, Hari Bumi, Hari
Pelarian dan sebagainya.

Walaupun Hari OKU ini tidak begitu popular berbanding hari-hari lain yang tertera dalam kalendar antarabangsa, ia tetap memberi signifikan tersendiri. Di
peringkat antarabangsa Hari OKU disambut pada 3 Disember, setiap tahun.

Malaysia, yang mahu seboleh-bolehnya peranan, kejayaan dan sumbangan OKU ini diiktiraf, menyambutnya tanpa gagal sejak dua tahun lepas pada 4 Disember.


Dahulu istilahnya ialah orang cacat. Bunyinya yang kurang manis dan tidak sopan seolah-olah menyisihkan golongan itu menyebabkan ia ditukar kepada OKU.
Selepas nama OKU dipakai, terdapat juga yang mahukan ia terus diubah menjadi lebih ‘mesra’. Antara yang kedengaran ialah biar mereka dikenali dengan nama
‘orang berlainan upaya’ pula.

Seperkara yang perlu diingatkan ialah orang cacat, OKU atau orang berlainan upaya kesemuanya merupakan istilah sahaja.

Biar kita jelas di sini. Namakan apa juga istilah yang lebih manis, sopan dan menyebelahi mereka, tetapi kalau persepsi, cara kita melayan mereka tetap
sama, ia tidak membawa apa-apa makna.

Kalau disorot kepada perkembangan semasa, tentunya belum boleh disimpulkan bahawa kesedaran terhadap OKU ini di kalangan ‘masyarakat penyayang’ Malaysia
wajar ditabik.

Secara jujur juga kalaupun ada segelintir yang mengakui sedar lagi prihatin terhadap OKU ini adalah kerana kumpulan itu memiliki keluarga OKU. Yang selebihnya,
mereka mungkin sedar atau simpati tetapi selepas beberapa ketika ia hilang begitu sahaja apabila tidak diingatkan sebegitu.

Bukan tiada kejayaan yang dicatatkan OKU. Tidak sedikit sumbangan mereka pada negara. Kejayaan negara juga banyak dicatatkan oleh kumpulan ini. Bukan tidak
ada profesional datang daripada golongan OKU.

Nah, ini buktinya mereka perlu mendapat hak sepertimana kita semua yang normal merasainya. Itu pula menjadi penanda aras bahawa tahap kesedaran dan keprihatinan
terhadap OKU ini perlu juga ‘normal’.

Selebihnya, mereka juga manusia, apa bising-bising mahu menyisih, memandang rendah pada mereka?

Apakah perlu satu undang-undang untuk memberi kesedaran terhadap apa juga yang berkaitan dengan OKU?

‘‘Tidak perlu sampai ke situ, kesedaran wajar tercetus kerana telah disemat, dan boleh diterima pula bahawa OKU adalah sebahagian anggota masyarakat. Kerana
mereka ialah sebahagian anggota masyarakat, golongan ini mempunyai hak untuk hidup seperti biasa, normal menyerupai yang lain-lainnya,’’ kata seorang kaunselor
yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kalau kita belum lupa, perihal kesedaran menjadi begitu penting dan dipentingkan sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terpaksa menggesa supaya
kerajaan menggubal satu akta memastikan OKU menikmati kesaksamaan.

Akta itu juga secara tidak langsung melindungi OKU daripada sebarang bentuk penganiayaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mengikut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua negara di dunia secara puratanya mempunyai sekurang-kurang satu peratus OKU. Satu peratus
memang kecil tetapi kalau satu peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia, secara matematik besar juga jumlahnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan bahawa 10 peratus daripada penduduk setiap negara ialah OKU.

Di Malaysia sendiri dianggarkan terdapat seramai 2.6 juta OKU.

Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan negara ini mempunyai 197,519 OKU yang berdaftar dengan mereka sehingga akhir
tahun 2006. Ini termasuklah seramai 18,258 cacat penglihatan, 29,522 cacat pendengaran, 66,250 cacat anggota, 887 (cerebral palsy) dan 76,619 menghadapi
masalah pembelajaran. Lain-lain jenis kekurangan upaya yang dicatatkan ialah seramai 5,983.

Apa erti angka-angka itu sebenarnya? Maknanya, lebih banyak OKU, lebih meluas sepatutnya rasa kesedaran kita terhadap mereka. Lebih meluas kesedaran membawa
pula makna wajar lebih banyak kemudahan untuk menyenangkan golongan ini.

Lupakan rasa bangga kita ke atas Kuala Lumpur yang mempunyai menara berkembar yang sebelum ini tertinggi di dunia. Bangga itu secara jujurnya hanya secebis
daripada perasaan positif kalau kita jarang bertanya apakah Kuala Lumpur sudah cukup mengambil peduli perihal manusia dan kemanusiaan.

Kita tidak mahu Hari OKU yang disambut nanti persoalan seperti akses kepada bangunan awam menjadi halangan utama bagi penyertaan mereka dalam masyarakat.

Kita juga tidak mahu lagi bercakap-cakap tentang kurang senang kita terhadap sistem pengangkutan awam sedia ada tidak mesra OKU. Ini menghalang mereka daripada
menjalani aktiviti harian dan kehidupan dalam masyarakat.

Kita mahu semua itu diperbaiki. Selebihnya kita ingin persepsi terhadap mereka berubah. Itulah signifikan Hari OKU yang disambut di peringkat antarabangsa
mahupun nasional.

Apalah yang ada pada Hari OKU jika persepsi masyarakat masih di takuk lama – mengakui simpati dan kasihan pada OKU tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menyokong
mereka.

Hari OKU yang akan disambut nanti, pada kali ini barangkali cukup istimewa. Kita menantikan akta khas bagi OKU ini menjadi realiti.

Itulah komitmen besar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan menjadi hasrat menggunung kita semua juga.

“Akta yang sedia ada ialah berasaskan kebajikan. Sekarang kita bercakap tentang hak mereka. Saya menjangka tahun depan saya dapat bentangkan ke Kabinet,’’
itu kata Shahrizat pada sambutan Hari OKU yang lalu.

Kita mengharapkan, menunggu sebenarnya, ia berubah pada sambutan kali ini.

sumber Utusan Online, 3 Disember 2009

read more

Friday, November 27, 2009

Pengumuman untuk warga oku penglihatan. 2 comments

Friday, November 27, 2009 |

PENGUMUMAN

 

 

1.        SAMBUTAN HARI OKU 2009

Tarikh: Sabtu 5 Disember 2009.

Masa: 9.00 pagi hingga 6 petang.

Lokasi: Brickfield (berpusat di Kompleks MAB)

Anjuran: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar.

 

Pada tahun ini Hari OKU akan disambut secara meriahdengan berkonsepkan ala karnival.  Semua OKU dijemput dan diharap dapat memeriahkan dengan menghadiri program ini yang sememangnya lain daripada yang lain.  Antara pengisiannya adalah seperti berikut:

 

A. Pameran daripada semua agensi yang terlibat dengan OKU. 

 

 

B. "Speakers Corners" yang akan membicarakan tentang peranan dan fungsi sesebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan dan pemulihan OKU.  Beberapa OKU yang berjaya juga akan diberi peluang untuk berkongsi pengalaman kejayaan hidup dalam usaha memberi motivasi kepada para pengunjung terutama OKU.

 

C. Terdapat banyak gerai jualan termasuk yang menjual makanan dan minuman akan disediakan pada hari tersebut.  Gerai tersebut akan dikendalikan oleh OKU yang dipilih dari setiap negeri dalam usaha untuk mengenengahkan projek keusahawanan dikalangan OKU.  Ini selaras dengan konsep "Productive Welfare" yang menjadi salah satu konsep yang sedang diperkasakan oleh pihak JKM terutama untuk golongan ini. 

 

D. Pusat simulasi dan demonstrasi tentang ketidakupayaan akan disediakan untuk pengunjung yang bukan OKU agar mereka dapat merasakan situasi yang dihadapi oleh OKU.

 

E. Pentas persembahan turut disediakan yang juga merupakan kerjasama dengan pihak kariawan.  Beberapa artis tanah air dan artis dikalangan OKU akan menghangatkan pentas tersebut.

 

F. Dijangkakan sebuah Pokok Permintaan (Wishes Tree) akan disediakan untuk memberi peluang kepada semua OKU untuk mengemukakan permintaan atau pandangan bagi memantapkan lagi program pembangunan dan pemulihan untuk OKU. 

 

PS: Makan dan minum hanya disediakan semasa majlis perasmian sahaja.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Hari OKU bolehlah menghubungi Jabatan Pembangunan OKU di talian 0326165600.

 

 

2.        Ahli KARIAWAN di kalangan OKU.

 

Melalui satu perbincangan dengan pihak KARIAWAN yang diwakili oleh presidennya Datuk Freddie Fernandez bersama pihak Jabatan pembangunan OKU, persetujuan telah dicapai untuk mengadakan biro OKU di bawah persatuan ini.  Mana-mana OKU amnya dan OKU penglihatan khasnya yang berbakat dan berminat dalam bidang seni dijemput untuk menyertai persatuan ini di bawah biro tersebut.  Bidang seni ini cukup luas mernakumi pelbagai cabang seni termasuk seni penulisan seperti bersajak, menulis novel dan lain-lain.  Bagi sesiapa yang berminat boleh menyertai KARIAWAN dengan mengisi borang yang disediakan dengan yuran sebanyak RM10 sahaja. 

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Mohd Hafiz Halim di talian 0326165669 atau 0133400155. 

 

Sekian, terima kasih.

 

 


read more

Saturday, November 14, 2009

reunion 0 comments

Saturday, November 14, 2009 |
Dear Friends,
 
attached are more details of the reunion.
 
Meet all of you there!
 
Attachment 1.  Bahasa melayu.
 

Perjumpaan Lepasan St. Nicholas 2009

 

1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa suatu perjumpaan tahunan bagi

lepasan St. Nicholas bakal diadakan di St. Nicholas Home dari 28

 Disember, 2009 hingga 1 Januari, 2010.  datanglah beramai-ramai untuk sama-sama menjayakannya.

  

2. Yuran pendaftaran:

2.1. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 22 November, 2009.

2.2. Yuran pendaftaran yanng hanya akan meliputi makanan dan kegiatan-kegiatan pada 

 perjumpaan tersebut ialah RM90.00 untuk ahli dan RM70.00 untuk

 kanak-kanak di bawah 12 tahun. Walau bagaimanapun, bagi mereka

 yang mendaftar sebelumm 22 November berpeluang menikmati diskaun

 sebanyak RM  20.00. Ini bermakna para ahli dan anak-anak mereka

 masing-masing hanya perlu membayar sebanyak RM70.00 dan RM50.00 sahaja.

2.3. Kos membawa bersama pasangan yang bukan ahli dikenakan

 bayaran tambahan sebanyak RM10.00.

                                                                2.4. Oleh kerana para penghuni dan

 bekas-bekas pelajar St. Nicholas yang kerja di sana telah mempunyai program

 makan-minum mereka, mereka hanya perlu membayar harga kanak-kanak dan akan

 tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat 2.3 dan 2.5. Bagaimanapun, jika

 mereka ingin menikmati makanan para peserta Perjumpaan, mereka perlulah

 membayar seperti para peserta Perjumpaan.       

2.5. Untuk pengesahan, wang pendahuluan pendaftaran sebanyak RM40.00 untuk

 kanak-kanak dan RM50.00 untuk dewasa diperlukan. Bakinya hendaklah

 dijelaskan ketika sampai di St. Nicholas nanti.

2.6. Para peserta yang ingin menarik diri hendaklah berbuat demikian sebelum 10

 Disember, 2009. Wang sebanyak RM20.00 akan dipulangkan. Penarikkan diri

 selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

 

 

  3. Menyedari bahawa ada para ahli yang ingin menyertai jamuan makan malam

 sempena tahun baru tetapi tidak cukup cuti untuk bersama-sama pada

 keseluruhan Perjumpaan tahunan, terdapat suatu pakej khas yang meliputi jamuan

 makan malam tersebut, penginapan asrama pada malam 31 dan sarapan pagi pada

 keesokkannya dengan bayaran RM40.00. Bagaimanapun, para ahli yang berminat

 dengan pakej ini hendaklah mendaftar tidak lewat dari 22 November, 2009.

 Pendaftaran selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.   

 

 

4. Penginapan:

4.1     Kadar bayaran penginapan (untuk keseluruhan jangka waktu perjumpaan):

4.1.1. Untuk asrama ialah RM 25.00 bagi seorang peserta. (Para peserta adalah dinasihatkan untuk membawa bersama kunci mangga kecil masing-masing bagi memastikan barangan yang dibawa tersimpan dengan baik di dalam almari yang telah disediakan.)

4.1.2. Bilik tamu 1 dan 2 yang mengandungi 2 katil bujang setiap satu dikenakan bayaran sebanyak RM132 sebilik.   

4.1.3  Bilik ke-3 yang mengandungi 3 katil bujang pula dikenakan sebanyak RM 156. 

4.1.4.  Bilik ke-4 (lebih besar) yang mengandungi 2 katil bujang  adalah RM156.00.

4.1.5.  Bilik ke-5 yang mengandungi 1 katil bersaiz keluarga berharga RM180.00.

4.1.6.  Tilam tambahan pula dikenakan caj sebanyak RM24.00.

4.2.    Kesemua bilik penginapan adalah dilengkapi dengan kemudahan sistem air panas dan penghawa dingin.

4.3.   Keutamaan bilik tamu adalah kepada  keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 10 tahun kerana kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan untuk tinggal di asrama.

4.4   Jawatankuasa telah berjaya mendapatkan kebenaran melanjutkan waktu penutupan pintu pagar asrama perempuan dari jam 11.00 malam hingga ke tengah malam.

4.5.  Pintu pagar utama St Nicholas Home akan ditutup pada tengah malam.

 

 

5. Diingatkan bahawa makanan akan hanya dihidangkan bermula dengan

 sarapan pagi 29 Disemberdan berakhir dengan sarapan pagi 1 Januari. 

 

                               

6. Program:

 

6.1   28/12:    2.00 petang-6.00 petang         Pendaftaran

                                8.00 malam                   Taklimat

6.2.   29/12:             9.00 pagi                                    Ceramah bertajuk "Making Eco  Enzyme"

                                2.30 petang                       Pertandingan Mencari Harta Karun

6.3.   30/12:                   9.00 pagi                        Perkembangan terkini St Nicholas Home

                                8.00 malam- Malam social.                    

6.4.   31/12:                   9.00 pagi                  lawatan

                                8.00 malam                    Jamuan Makan Malam bersama bekas wargakerja St Nicholas Home dan pertandingan karaoke sempena sambutan Tahun Baru

 

7.     Adalah menjadi hasrat kami untuk menjemput sebanyak mungkin bekas kakitangan St. Nicholas ke jamuan makan pada 31 November itu.  Sehubungan dengan ini, kami mengalu-alukan sebarang maklumat tentang bekas kakitangan yang sangat-sangat bermakna kepada anda agar dapat membantu kami dalam memantapkan lagi senarai jemputan demi untuk mehyemarakkan lagi upacara ini.

 

8.     Pada sesiapa yang berminat untuk menyertainya, sila berurusan dengan Miss Linda  Kam untuk membuat pendaftaran di talian yang tertera di bawah:

  • Telefon Bimbit: 013-3402302
  • Pejabat: 03-20948111
  • Rumah: 03-22745022.

Ahli-ahli juga boleh membuat pendaftaran dengan En. Amir Teh di talian: 012-4197968.

 

      9. Selain itu, anda boleh menghubungi senarai Ahli Jawatankuasa di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini:

  • Lilian Chan (Pengerusi):                        013-3400663
  • Amir Teh (Setiausaha):                          012-4197968
  • Linda Kam (bendahari):                          013-3402302
  • Moses Choo (Ahli Jawatankuasa):        013-3971442
  • Rosnah Ahmad (Ahli Jawatankuasa):  03-20347007 (Pejabat)

                                                                                      

2.  Attach english.

 

Old-nicolites' Reunion 2009

 

1.         Please be informed that our Annual Reunion at St. Nicholas Home will be from the 28th of december 2009 till the 1st of January 2010.  So do come in full force to join in the fun and make this year's Reunion a real success.

 

2.         Registration fee:

2.1.      The closing date for registration is the 22nd of November, 2009.

2.2.      The registration fee which covers only food and the activities for the reunion is at RM90.00 for members and RM70.00 for children below 12 years of age.  However, those who register before the 22nd of November will enjoy a discount of RM20.00 which means that members and children only pay RM70.00 and RM50.00 respectively.

2.3.      The cost of bringing along your spouse who is not a member wil be an additional of RM10.00 on top of all other charges.

2.4.      As residents and old-nicolites working in SNH will already have food arrangements made, they only need to pay the same rate as children and will be subjected to the terms and conditions stated at items 3.2 and 3.5. However, should they wish to enjoy the same food as other old-nicolites, they would be required to pay the same rate as other members.

2.5.      For confirmation, there will be a pre-registration fee of RM40.00 for children and RM50,00 for memberss. This fee will be considered part of the registration fee and the remainder be paid up on arrival.

2.6.      Participants who wish to withdraw will need to do so before the 10th of December 2009. There will be a partial refund of RM20.00.  Any withdrawals after that will not be entertained.

 

 

3.         Realising that there will bbe some members who would like to join in the new year's eve dinner but do not have enough leave to stay for the whole reunion, there is a special package that includes the new year's eve dinner, dormitory accommodation for the night of the 31st, and breakfast for the next morning at a cost of RM40.00. However, members who are interested in this package will have to register by the 22nd of November, 2009. Any registration after that will not bbe entertained.

 

4.         Accommodation:

4.1.      Accommodation rates (for the whole duration):

4.1.1.   Dormitory is RM25.00 per person. (Members are advised to bring along a small padlock to lock up their belongings in the cupboard provided.)

4.1.2.   Guest rooms 1 and 2 consisting of 2 single beds each is RM132.00 per room.

4.1.3.   Room 3 consisting of 3 single beds is at RM156.00.

4.1.4.   Room 4 (larger) consisting of 2 single beds is at RM156.00.

4.1.5.   Room 5 consisting of 1 queen size bed is at RM180.00.

4.1.6.   An additional mattress costs RM24.00.

4.2.      All of the guestrooms are equipped with hot water system and air-conditioning. 4.3.       Priority for guestroom stay is for families with children below 10 years of age as

these children are not allowed to stay in the dormitories.

4.4       The committee has managed to extend the closing of the girls' cottage gate from 11.00 pm to mid night.

4.5.      The main gate of SNH compound will be closed by mid night.

 

5.         Please note that food will only be served from the 29th of December till the 1st of January beginning with breakfast on the 29th till breakfast on the 1st of January.

 

6.         Programme

6.1       28/12  2.00 pm to 6.00 pm      Registration.

                        8.00 pm                       Briefing

6.2.      29/12   9.00 am            Talk on Making Eco Enzyme

                        2.30 pm           A game of Treasure Hunt

6.3.      30/12   9.00 am            SNH update

                        8.00 pm           Social evening.

6.4.      31/12   9.00 am            A trip out

                        8.00 pm           New year's eve dinner together with ex-staff plus karaoke.

 

7.         In order to invite as many ex-staff as possible to our new year's eve dinner, we welcome members to help us build up the list.

 

8.         For those who would like to attend the reunion, please register with Miss Linda Kam. She can be contacted at

Mobile: 013-3402302

Office: 03-20948111

Home: 03-22745022.

Members can also register with Amir Teh at SNH. He can be contacted at 012-4197968.

 

9.         For further enquiries, you can also contact any of the organizing committee members:

Lilian Chan (chairman): mobile 013-3400663

Amir Teh (secretary): 012-4197968

Linda Kam (treasurer): mobile 013-3402302

Moses Choo (committee member): 013-3971442

Rosnah Ahmad (committee member): office 03-20347007


read more

Wednesday, November 11, 2009

Kategori Baru OKU 1 comments

Wednesday, November 11, 2009 |
Selamat sejahtera semua,
Ini dia senarai kategori oku yang baru di negara ini.
kategori baru OKU.

Kategori baru OKU melibatkan penglihatan, pendengaran, fizikal,
masalah pembelajaran, pertuturan dan mental berbanding kategori lama
iaitu penglihatan, pendengaran, fizikal, masalah pembelajaran dan
cerebral palsy.


read more

Rotary Club award for blind IT instructor 1 comments


Rotary Club award for blind IT instructor

BEING blind did not deter 30-year-old Fadzlin Hiezrie Abd Rahman from learning a skill he enjoys dabbling in — information technology.

Born with only slight vision, he was drawn to computer games when he was nine.

Later, when he lost his vision completely, his school bought a new computer and he dedicated his time to learning to use it.

"In those days, computers were not equipped to help blind people learn how to use them," he recalled.

Proud moment: Nikki presenting the Vocational Service Award to Fadzlin (second from left) while Sajeet (right) and the rest of the MAB staff look on.

Nevertheless, the computers did come with a speech card and the Word Perfect programme.

He then joined the Penang St Nicholas School for the blind in 1995 and honed his skills on the keyboard.

Fadzlin began teaching individuals and corporations on a freelance basis in 2003 and joined the Malaysian Association for the Blind (MAB) in 2006.

"I decided to dedicate my teaching skills to the MAB and help those who needed our assistance," he added.

Recently, the bashful bachelor was acknowledged for his contribution to society by the Rotary Club of Bangsar.

Fadzlin received the Vocational Services Award at the MAB office where he teaches short courses to participants.

He has five to 10 clients in each course that lasts five days and costs RM50 for an individual and RM500 per person for companies.

"The toughest people to teach are the blind senior citizens as they find it harder to understand and grasp the concepts," Fadzlin said.

Another group of people who need special attention are those with more than one disability, like those who have both hearing and visual impairment.

For those who are blind, like Fadzlin, a speech card is enough for them to hear the command and words typed on the computer.

"However, for those who are deaf and blind, we have to resort to a special programme with braille," he explained.

He also mans the Yahoo Trainers Corner, which is a portal that allows trainers to come together to share tips and ideas on teaching IT. The group now has more than 300 members, of whom 80% are locals.

The blind can also access other IT services at the MAB and it costs only RM1 per session.

There is also the Cyber Club where members can use the facilities but will need to pay RM12 only per year.

Fadzlin's painstaking efforts and patience in guiding those who need the expertise has helped most of his clients land stable jobs.

"He has done a great service for the community and we wanted to honour him on his own home­ground," said Rotary Club of Bangsar vocational service director Sajeet Soudagar.

Sajeet added that Fadzlin had been on the list since last year so they decided to add his name to the list of recipients this year.

The awards presentation is a yearly activity that began when the club was established more than 25 years ago.

According to club president Nikki Sidhu, there are two other recipients of the award this year.

"We had a meeting three weeks ago when Rotary members could nominate those who were eligible for the award," Nikki said.

A week after the nominations, the board members gathered and decided on the three recipients.

The other two recipients are A.G.P. Vijeyaledchumi, 60, who has been working as a security and traffic control personnel at SMK Assunta in Petaling Jaya since 1980, and Mohd Aizat Yap Abd Rahman, a helper at the Royal Selangor Club who collects can rings for recycling.

"Aizat has been collecting the can rings for three years now and once a month, he delivers the rings to us," Nikki added.

Rotary Bangsar then sends the collected rings to an organisation in Thailand to be processed into artificial legs for patients.

The organisation in Thailand receives the rings from all parts of the world.




read more

Saturday, November 7, 2009

Info SBM Pulau Pinang 2 comments

Saturday, November 7, 2009 |
Pertandingan membaca brail akan diadakan pada 15TH November ini, kepada ahli SBM Pulau Pinang yang berminat, sila menelefon kerani bertugas pada waktu pejabat untuk pendaftaran.
 
EGM SBM akan diadakan di Hill City Hotel Gopeng Perak pada 6TH Disember ini, kepada ahli SBM Pulau Pinang, tarikh tutup pendaftaran ialah pada 24TH November ini.  Jika sekiranya melebihi 30 orang, pengangkutan bas akan disediakan oleh SBM Pulau Pinang.  Untuk pendaftaran, sila hubungi kerani bertugas pada waktu pejabat.
 
Sekian harap maklum.
Dari Setiausaha SBM Cawangan Pulau Pinang,
En.  Tai Khai Eong.

read more

Friday, November 6, 2009

Complexes becoming aware 0 comments

Friday, November 6, 2009 |
Daripada: Choo Kim Yoon
Tarikh: Sunday, November 01, 2009 4:02 PM
 

Complexes becoming aware

Published on: Sunday, November 01, 2009
Kota Kinabalu: Where considering the needs of the disabled are concerned, 1Borneo Hypermall has certainly blazed the trail for others to follow.

Visually impaired shoppers and visitors have the benefit of lifts with Braille buttons on the lower ground floor, ground floor, first floor and second floor.


Braille is a system of reading and writing for the blind, representing the letters of the alphabet by raised dots which they can read by touching them.


State Community & Consumer Affairs Minister Datuk Hjh Azizah Mohd Dun was impressed with the facilities provided by 1Borneo Management Corporation Sdn Bhd
inside and outside the hypermall. Disabled-friendly toilets are also available on the lower ground floor, ground floor, first floor and second floor.

"I also commend them for providing special parking lots for OKUs on the lower ground and second floor. It is a good effort. And there are signages to this
effect. However, there is ample room for improvement.

"Being OKU-friendly will attract more people to the hypermall and this will boost business," she said after a guided tour of the premises.

On-the-spot briefing was given by its Assistant General Manager (Centre Management) Jefveleon Rengga and Operation Manager/Chief Security Officer Leben
Siddarth.

Five wheelchairs are also on standby at the information counter which are lent out to those who need the facility for sightseeing or shopping.

"They are trying their best to make 1Borneo as OKU-friendly as possible. I can see that the management corporation is serious about the provisions in the
Persons With Disabilities Act 2008. I am happy they have taken note of the necessary rectification to be done. I think the ramp is a little too steep for
wheelchair-bound individuals.

And perhaps the drop at the toilet floor level can be corrected accordingly," Azizah said.

Siddarth said 1Borneo Hypermall is on par with KL standard. "We did a market survey and realised the importance of catering to the needs of persons with
disabilities," he said.

At the Centre Point Sabah (CPS) Complex, the entrance to the sixth floor from the car park has been modified to improve accessibility to the shopping mall,
particularly for disabled people.

"There is no split level at the entrance and we have installed an automatic sliding-door. Wheelchair users can wheel themselves up a tiled ramp with a gentle
gradient that serves as the walkway. It is very spacious on the sixth floor, and from here, they can go to any floor, using the lift.

"The lift door is wide enough for wheelchairs," said the complex' Commercial Management Manager Lynda Wong. Previously, a removable wooden ramp was used
but it has since been discarded. A Daily Express check found the shopping mall has two lifts meant for the use of the visually impaired. Here, too, dotted
shapes are used to indicate the "open" and "close" signs on the operating panel. Likewise, dotted figures to show the respective floors which the blind
can read by touching and feeling them.

Wong said it is in the planning stage to provide toilets for disabled persons in line with the requirements of the Persons With Disabilities Act 2008.

Presently, the Karamunsing Complex is only partially disabled-friendly, according to its General Manager R.V. Varan.

"We have ramps on the lower ground and at the main entrance. The complex is undergoing renovation, and it is part of our plan to provide toilets and allocate
parking lots on each floor for the disabled," he said.

A visit to Wisma Merdeka found no toilets available for the disabled. This was not surprising because the shopping complex is more than 20 years old and
the guidelines on building requirement for disabled persons were not in place then.

However, there are ramps at the front and back entrances to facilitate the movement of wheelchair users.


read more

Thursday, November 5, 2009

Kekuatan utama bagi seorang orang kurang upaya (OKU) ialah Kesabaran | Nizar Prihatin 1 comments

Thursday, November 5, 2009 |
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Chee Wah bersama Mendy Liew menjalankan tugas mereka sebagai telefonis.


BAYANGKAN anda berada di tempat yang gelap. Kehidupan anda sebelum ini diterangi cahaya tiba-tiba gelap gelita. Apa yang perlu anda lakukan? Berputus asa atau mengharapkan bantuan orang lain?

"Sabar dan berusaha adalah kunci segala-galanya," kata Thoo Chee Wah, 33 yang mungkin boleh dijadikan kata-kata semangat.

Sepuluh tahun bekerja tanpa penglihatan, sesuatu pengalaman berharga buat Chee Wah.

Baginya cacat penglihatan bukan penghalang.

Seperti sudah biasa dengan keadaan fizikalnya, Chee Wah sabar menghadapi ujian hidupnya.

"Kekuatan utama bagi seorang orang kurang upaya (OKU) ialah kesabaran. Saya sendiri tidak boleh lari daripada keadaan ini. Yang penting, saya perlu bersabar dan jalani hidup seperti orang lain," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Seawal 8.30 pagi, Chee Wah sudah bergerak menuju ke pejabat. Mungkin seperti orang lain, dia juga terpaksa bergegas mengejar kenderaan awam. Bezanya, setiap pagi dia menggunakan tongkat menuju ke transit aliran ringan (LRT), KL Sentral.

Bagi mereka yang sakit, ubat ialah penawar. Tetapi baginya, keberanian dan tongkat adalah penawar.

Selepas pertukaran LRT berikutnya, dia mengejar bas untuk ke tempat kerjanya di Hospital Pantai Indah (HPI), Ampang, Selangor.

Kepayahan Chee Wah ini mendapat simpati daripada Pengurus Perkhidmatan HPI, Mendy Liew yang masih berusaha mencari bantuan untuk membolehkan Chee Wah ke pejabat dengan mudah. Mendy yang boleh dihubungi di talian 03-42892862 mengalu-alukan sebarang idea daripada orang ramai.

Bersemangat

Di sebalik kekurangan yang dimiliki, pemuda ini ialah seorang yang berfikiran matang, berbakat dan bersemangat tinggi.

Anak jati Negeri Sembilan ini menggunakan mata untuk mencari rezeki.

Mengambil keputusan untuk hidup berdikari di Kuala Lumpur, Chee Wah yakin boleh berjaya.

Namun dalam persekitaran kehidupannya, dia tidak boleh lari daripada menjadi mangsa kepada mereka yang tidak berhati perut mengaut 'keuntungan' hasil kepintarannya.

Peristiwa pahit apabila hampir ditipu orang yang tidak dikenali menjadi pengalaman pahit dalam hidupnya.

Namun, semangat dirinya untuk meneruskan kehidupan tetap membara dalam jiwa.

Membuktikan

Chee Wah berjaya membuktikan golongan OKU mampu membawa diri walaupun dalam keadaan apa sekali pun termasuk penat dan sakit.

Berkongsi pengalaman kerjayanya, Chee Wah pernah dimarahi pelanggan.Itu hanya sisa kecil cabarannya sebagai OKU. Baginya, cabaran besar sebagai OKU ialah penerimaan masyarakat.

"Misalnya, ketika berada di perhentian bas agak sukar kena meminta tolong daripada orang lain. Kadang-kadang saya minta bantuan tetapi orang fikir saya minta sedekah. Susah juga hidup seperti saya ini," ujarnya sayu.

Bukan itu sahaja, kesedaran masyarakat terhadap OKU juga kurang mesra seperti kemudahan kenderaan, tempat letak kereta dan sebagainya," katanya yang gembira bekerja di sebuah firma yang besar.

Chee Wah juga aktif dengan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Brickfields, Kuala Lumpur untuk belajar menyesuaikan diri sebagai OKU.

"Persatuan ini membantu kami mencari peluang pekerjaan. Saya sendiri mendapat bantuan mereka. Setakat ini, persatuan serta staf hospital banyak membantu saya," katanya.

Sementara itu, mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat kira-kira 13,000 orang cacat penglihatan di negara ini, 15,000 cacat pendengaran, 29,000 cacat anggota dan 28,000 cacat akal. Adalah dianggarkan jumlah sebenar OKU di negara ini melebihi 220,000 orang iaitu berdasarkan kepada norma anggaran antarabangsa iaitu sekurang-kurangnya satu peratus daripada penduduk dunia terdiri dari OKU.

Tinjauan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1996, kira-kira 65,000 orang buta, dan 500,000 orang mengalami masalah gangguan penglihatan.

Daripada mereka yang buta, dianggarkan 5,000 terdiri daripada kanak- kanak, manakala kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan penglihatan ialah 50,000.

Daripada jumlah keseluruhan ini, hanya 14,000 orang yang mendaftar dengan MAB.

Kira-kira 180 juta orang di seluruh dunia cacat penglihatan. Daripada jumlah ini, 40 hingga 50 juta orang adalah buta.

Dianggarkan, 90 peratus mereka yang hilang penglihatan ini tinggal di negara-negara membangun.

Berita baiknya, 80 peratus kebutaan di dunia ini boleh dielakkan, dicegah atau dirawat dengan pelbagai kaedah.

Apa yang menakutkan, statistik WHO menganggarkan, pada tahun 2020, bilangan mereka yang buta di dunia bertambah dua kali ganda sekiranya tiada usaha untuk menghentikan trend ini.
-Utusan

read more

Wednesday, November 4, 2009

Umpan Roti Samun OKU | Nizar Prihatin 2 comments

Wednesday, November 4, 2009 |
Justify Full

Oleh Md Fuzi Abd Lateh

BUKTI…Gurdip (duduk kiri) dan beberapa rakan lain menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat semalam.

RAWANG: Hanya berumpankan juadah sarapan pagi iaitu roti canai dan air minuman kotak, dua lelaki yang menyamar sebagai dermawan menyamun Rumah Badan Latihan dan Hidup Berdikari di Taman Garing di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi ketika mangsa yang juga setiausaha rumah itu, Gurdip Kaur @ Rina, 49, didatangi dua suspek yang menyamar sebagai pelawat dan ingin menderma makanan kepada mereka sebelum melarikan wang dan barangan berharga RM20,000.

Menurutnya, dia tidak menyangka suspek sebagai penjenayah kerana mereka bijak mempedayakannya dengan berpura-pura sebagai penderma.

Katanya, ketika kejadian, dia berada di rumah itu bersama seorang penghuni, Lawrence Joseph, 22, dan pelajar asing dari Universiti Jerman, Sussanne Neiro, 24, yang menjalani latihan bidang sains politik di negara ini.

“Mereka datang dua kali ke sini. Sebelum menyamun, mereka membawa sarapan iaitu roti canai, bungkusan roti dan air minuman kotak untuk didermakan kepada 15 penghuni di rumah ini.

“Kira-kira 10 minit kemudian, suspek datang semula dan kali ini mengugut akan mencederakan kami dengan parang tajam jika enggan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, dia mengikut arahan suspek dengan menyerahkan wang RM10,000 hasil jualan kupon konsert amal rumah itu yang disimpan dalam laci pejabatnya.

Katanya, suspek turut merampas barangan kemas miliknya iaitu seutas rantai emas, sepasang subang emas, cincin dan sebuah komputer riba.

“Sebaik mendapat wang dan barangan berharga berkenaan, suspek melarikan diri dengan menaiki Proton Wira merah hati.“Saya kemudian menghubungi polis. Amat sedih, kami yang cacat anggota ini juga disamun mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Gurdip berkata, kehilangan komputer riba miliknya cukup menyedihkan kerana banyak data dan laporan kegiatan pusat itu disimpan di dalamnya.

Sementara itu, Sussanne berkata, pengalaman ngeri berlaku kali pertama dalam hidupnya ketika berada di negara ini sukar dilupakan.

Katanya, golongan kurang upaya perlu dibantu dan bukannya disamun kerana mereka memerlukan pembelaan yang sepatutnya. “Saya takut mereka (penjenayah) guna parang ugut mangsa.

Kejadian begini memberi pengajaran kepada semua. Saya tidak anggap negara ini bahaya. Ini kerja orang tertentu saja.

“Saya gembira melayani orang cacat di pusat ini sejak melapor diri tiga hari lalu sehingga akhir Disember ini,” katanya.

-Harian Metro

read more

Wednesday, October 28, 2009

Potong dan tampal 0 comments

Wednesday, October 28, 2009 |
dnesday, October 28, 2009 4:43 PM
 
 

Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) menyediakan pelbagai bahan bacaan daripada novel hingga buku ilmiah untuk golongan itu yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.




BAGI manusia sempurna, buku Braille hanyalah sekeping kertas yang penuh dengan titik-titik kecil. Namun, kepada golongan cacat penglihatan, ia umpama jendela kepada dunia ilmu dan pengetahuan.

Jika teks novel atau artikel biasa perlu melalui proses penterjemahan kepada titik-titik Braille di atas kertas, bagaimana pula dengan buku teks sekolah yang mengandungi pelbagai gambar rajah?

Sudah tentu bahan teks sahaja tidak mencukupi untuk menerangkan sesuatu yang kompleks. Jadi gambar rajah juga perlu diterjemahkan.


KOMPUTER membantu mempercepatkan penghasilan buku Braille.


Bagaimanapun, proses menghasilkan diagram Braille tidaklah semudah yang disangka. Ia perlu dilakukan secara manual seperti kita melakukan seni kolaj iaitu potong dan tampal.

Menurut pustakawan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Maswirda Morad, 28, proses membuat master copy gambar rajah memakan masa yang agak lama iaitu di antara satu hingga dua hari untuk satu muka surat.

"Individu terbabit perlu kreatif dalam menentukan bahan yang digunakan untuk menimbulkan gambar rajah yang ada. Antara bahan yang kami guna adalah benang, dawai, manik, kertas pasir dan kad manila.

"Sebelum dicetak di atas kertas khas iaitu braillon, master copy itu perlu diperiksa oleh orang cacat penglihatan bagi menentukan sama ada gambar rajah itu difahami atau tidak. Jika ia tidak mampu menyampaikan mesej yang sepatutnya, diagram itu perlu dibuat semula," kata Maswirda, pemegang Sarjana Muda Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Setelah gambar rajah itu sempurna, ia akan dicetak menggunakan mesin Thermoform yang menggunakan haba bagi menekapkan kolaj tersebut kepada kertas braillon. Mesin tersebut berharga RM14,255 sebuah.


BUKU Braille sangat diperlukan golongan cacat penglihatan.


Namun, kata Maswirda, jika ada kecacatan walaupun sedikit pada kertas braillon iaitu seperti terlipat atau tergaris, ia tidak akan digunakan.

Ini kerana pembaca cacat penglihatan bergantung kepada deria hujung jari untuk membaca. Jika ada sebarang kecacatan pada muka surat, ia akan mengganggu pembacaan mereka.

Buku Braille bukan saja mengambil masa yang lama, bahkan ia juga melibatkan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Sehelai kertas braillon berharga RM1. Sehubungan itu, kata Maswirda, harga buku Braille boleh mencecah tiga kali ganda daripada buku biasa.


MESIN embosser boleh mencetak kedua-dua bahagian depan dan belakang kertas.


Mesin pencetak Braille pula iaitu mesin embosser Everest keluaran Index bernilai RM16,425. Mesin ini berfungsi seperti mesin pencetak biasa, bezanya ia adalah untuk kod Braille.

Mesin ini menggantikan mesin taip Braille konvensional dan mampu mencetak buku Braille dengan lebih cepat. Ia digunakan bergandingan dengan perisian JAWS yang dilengkapi suara dan mampu menterjemahkan tulisan rumi kepada Braille.

Setiap buku akan diimbas ke dalam perisian JAWS atau ditaip ke dalam Microsoft Words. Setelah disunting bagi memastikan tiada kesalahan ejaan, ia akan dicetak. Keistimewaan embosser ini adalah ia mampu mencetak kedua-dua bahagian kertas tersebut.

"Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana titik Braille dicetak di atas kertas yang sama depan dan belakang. Sebenarnya, mesin ini telah diprogramkan untuk mencetak titik Braille berbeza baris.

"Muka hadapan akan dicetak di atas manakala muka belakang akan dicetak sedikit ke bawah. Ia tidak akan mengelirukan kerana pembaca akan membaca titik yang timbul sahaja," kata kerani Unit Penerbitan Braille MAB, Abian Jambot, 33.


BUKU Braille jauh lebih tebal berbanding buku konvensional.


Menurut Abian, walaupun buku-buku tersebut telah diimbas, mereka tetap akan meminta sukarelawan atau staf yang celik untuk menyunting semula setiap perkataan yang ada bagi mengelakkan kesilapan.

Bagi produksi yang lebih besar, MAB mempunyai sebuah lagi mesin iaitu Four Wave yang mampu mencetak 16 helai pada satu masa.

Penerbitan buku Braille yang dilakukan di Perpustakaan MAB adalah untuk kegunaan perpustakaan itu ataupun dijual mengikut tempahan penerbitan buku-buku tertentu.


MESIN embosser yang berharga RM16,425 seunit.


"Setakat ini, perpustakaan MAB mempunyai 526 ahli berdaftar. Masih ramai sebenarnya yang tidak mengetahui bahawa di sini ada menawarkan pelbagai kemudahan seperti pinjaman bahan bacaan dan juga tempahan buku Braille.

"Dengan penerbitan-penerbitan buku baru setiap bulan, secara langsung ia menambahkan bahan bacaan di perpustakaan ini. Kami juga ada membuat promosi di sekolah-sekolah dan juga perpustakaan lain untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan," kata Maswirda.

MAB menerima tempahan daripada pelbagai organisasi untuk menghasilkan buku Braille, termasuk agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, organisasi seperti Bank Negara Malaysia dan individu yang ingin melakukan khidmat masyarakat atau untuk kegunaan sendiri.

Namun, hasil buku Braille tidak akan sama dengan buku teks biasa kerana ruang Braille berbeza daripada ruang cetakan biasa. Bagi sebuah buku teks dengan jumlah purata 350 muka surat akan menghasilkan 12 jilid buku dengan kod dan diagram Braille.

Kerana itu ramai yang datang ke perpustakaan MAB lebih cenderung meminjam buku audio iaitu bacaan buku yang direkod ke dalam cakera padat (CD) kerana ia lebih mudah untuk dibawa.

Bagi proses penerbitan buku audio pula, pihak perpustakaan MAB menggunakan khidmat sukarelawan bagi membaca buku di dalam studio khas untuk direkodkan. Dengan ini, orang kurang upaya (OKU) boleh mendengar kandungan buku dengan hanya meminjam sekeping CD.

Tiada bayaran dikenakan untuk setiap pinjaman bahan di perpustakaan cuma akan didenda sekiranya lewat memulangkan bahan-bahan tersebut.

Kini, perpustakaan MAB mempunyai 900 buku audio dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Buku Braille pula sebanyak 1,652 dalam bahasa Inggeris dan Melayu sesuai untuk bacaan dewasa dan kanak-kanak.


SEORANG pekerja MAB, Rosnah Tahar, memeriksa buku Braille yang telah siap.


Sukarelawan-sukarelawan akan datang ke MAB untuk menjalankan kerja-kerja rakaman audio, membaca buku kepada petugas (yang cacat penglihatan) untuk ditaip atau membuat kolaj gambar rajah.

Menurut seorang sukarelawan Uma Thevendran, 64, yang baru empat bulan menawarkan khidmatnya di MAB, niat untuk melakukan amal telah disimpan sejak dulu lagi cuma tidak mempunyai peluang.

"Selepas pencen saya tidak ada banyak aktiviti untuk dilakukan. Saya akan ke MAB setiap minggu untuk membaca selama lebih kurang sejam.

"Saya telah lama tahu mengenai program sukarelawan ini cuma tidak berkesempatan menyertainya. Ini adalah cara terbaik membantu mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui dalam bilik audio MAB.

Setakat ini, MAB mempunyai kira-kira 30 sukarelawan yang aktif menawarkan suara atau tenaga untuk produksi buku-buku Braille.

Pihak MAB mengalu-alukan pihak yang ingin menjadi sukarelawan. Mereka yang berminat boleh menghubungi MAB di talian 03-2272 2677.


read more

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU\

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog